RAPID SHOOTING
Aktiviti rapid shoting biasanya
dilakukan pada waktu petang selepas aktiviti Jelajah Gua Telinga. Perjalanan ke
jeram mengambil masa 30 minit dan menempuh beberapa buah jeram antaranya jeram
Abai , jeram Nusa , jeram Teras dan sebagainya. Pengalaman dilambung gelombang
amat mengujakan. Sekiranya paras air besar , lagi seronok.
JUNGLE TREKKING
Ada lebih 400 spesies burung, 80 spesies kelawar, 150 spesies herpetofauna, 50 spesies ikan air tawar, 240 spesies kupu-kupu, 200 spesies haiwan mamalia dan lebih 14,000 tumbuhan untuk diterokai.
BUKIT TERISEK
KELAH SANCTUARY
ASLI BATEQ
Perjalanan
ke Kg Orang Asli Jeram Dedari mengambil masa 30 minit dari Jeti Taman Negara.
Perjalanan ke sini hanyalah menggunakan bot sahaja. Semasa dalam perjalanan ,
pelancong akan menyusuri jeram-jeram yang terdapat di Sungai Tembeling.
Pelancong akan merasa sendiri suasana dan kepayahan penduduk orang asli untuk
berhubung dengan dunia luar.
Semasa
di Kg Orang Asli , pelancong akan dapat menyaksikan kehidupan nomad puak Bateq.
Di sini pelancong dipertontonkan cara kehidupan mereka. Cara ikhtiar hidup
menghidupkan api serta cara-cara menghasilkan sumpit. Pelancong juga dapat merasai
pengalaman menyumpit.
CANOPY WALK
Jambatan kanopi ini merupakan jambatan kanopi hutan terpanjang didunia yang merentasi sehingga 400 meter panjang. Anda akan berada tinggi diatas jambatan yang merentasi pokok-pokok yang menutupi bumi. Anda juga boleh mengikuti jungle-trekking sambil menikmati keindahan hutan yang mengandungi spesis tumbuhan dan haiwan yang pelbagai jenis. Jika anda inginkan lebih cabaran, anda juga boleh mendaki Gunung Tahan yang berketinggian 2,187 meter.
RIVER TRIP
Pada mereka yang gemarkan aktiviti air anda boleh mengikuti river tripsepanjang sungai di Taman Negara. Antara sungai yang terdapat di Taman Negara ini adalah Sungai Tahan, Lata Berkoh, Sungai Tembeling. Dengan mengikuti river trip anda dapat merentasi hutan dengan cepat sambil melihat pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan. Anda juga boleh ke Lubuk Tenor untuk melawat kawasan perlindungan kelah dimana anda dapat memberi makan kepada ikan kelah sambil melihat dengan lebih dekat ikan yang terkenal di Taman Negara ini.
JUNGLE WORK
Aktiviti
yang dilakukan pada waktu malam. Aktiviti ini memerlukan guide untuk memandu
kita di samping memberikan penerangan mengenai flora dan fauna yang terdapat di
Taman Negara. Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang satu setengah jam.
Semasa aktiviti dilakukan semua peserta diminta diam untuk mengelakkan binatang
yang ada lari. Kebarangkalian melihat binatang liar bergantung kepada
nasib...jika hari baik dapat lihat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan